THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Wednesday, August 26, 2009

Pengenalan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji-pujian dipanjatkan ke hadratnya kerana dengan limpah rahmat dan kurniaan yang besar darinya masih lagi kita dapat bersama-sama menikmati nikmat iman dan Islam. Dua nikmat kurniaan inilah yang menyebabkan kita sentiasa berada dalam lindungannya dan diberikan taufik dan hidayah sebagai petunjuk menuju ke jalan yang diredhainya. Justeru atas dasar Ukhuwwah Fillah blog ini diilhamkan sebagai menyahut seruan daripada wahyu Allah agar kita sebagai ummatnya ini sentiasa bersatu dalam segala hal dan merapatkan ukhuwwah silaturrahim yang sedia terjalin, agar ianya sentiasa erat, kukuh dan teguh. Blog ini bertujuan untuk mempertemukan kesemua ahli keluarga Syed Ramli. Oleh kerana itu adalah menjadi harapan yang besar daripada jawatankuasa agar ianya mendapat sokongan dan sambutan daripada semua ahli keluarga yang terlibat InsyaALLAH.

Objektiv
- Mengumpulkan kesemua ahli keluarga Habib Ramli samada yang berada di luar atau di dalam Negara

- Mengeratkan tali persaudaraan yang sedia terjalin
- Menghimpunkan 3 generasi keluarga Habib Ramli dalam satu majlis agar saling mengenali
- Menjalankan program untuk ahli keluarga Habib Ramli
- Memperingati ahli keluarga Habib Ramli yang telah pulang ke Rahmatullah
- Melantik JawatanKuasa

Tarikh
3 Syawal bersamaan 3 Oktober 2008

Tempat
Habib Villa,Kg Seri Kaya Bota Kiri Perak

0 comments: